Oleh: Shafira Aziz
CALIFORNIA: Sekumpulan anjing mempraktikkan teknik meluncur ombak menjelang pertandingan tahunan Surf-A-Thon yang akan diadakan pada 8 September depan.
Pertandingan tersebut diadakan di Del Mar, utara San Diego dianjurkan oleh kawasan perlindungan haiwan di kawasan tersebut, Pusat Haiwan Helen Woodward.
Jurulatih kepada beberapa anjing yang menyertai pertandingan tersebut, Scott Owens menyatakan sesi latihannya bersama anjing tersebut menarik perhatian orang ramai.
“Kadangkala, mereka (anjing) melakukan gerakan tertentu dengan sendiri seperti membongkok dan berputar untuk kekal seimbang di atas papan luncur.
“Mereka seolah-olah tahu masa yang tepat untuk meluncuri ombak dengan betul,” katanya, lapor Reuters pada Selasa.
Untuk rekod, pertandingan pertandingan tahunan Surf-A-Thon sejak 18 tahun lalu telah berjaya mengumpulkan dana untuk haiwan peliharaan dan program haiwan yang lain.
Isnin lalu juga Hari Anjing Sedunia yang dimulakan oleh aktivis dan pencinta haiwan, Colleen Page.