Usah terpengaruh media sosial, Jalan Masjid India selamat – KPN

KUALA LUMPUR: Ujian demi ujian dilakukan pelbagai agensi kerajaan membuktikan keselamatan Jalan Masjid India dan bukannya bersandarkan kata-kata di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berdasarkan jaminan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raa (JKR) dan Jabatan Mineral Geosains (JMG)

“Kalau ikut DBKL, kita ada ‘soil test’ semua, Insya-Allah, JKR dan JMG pun ada.

“Tak perlulah, tengok TikTok macam menakutkan lah, takda begitulah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Jalan Masjid India, petang tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pelbagai kaedah pencarian telah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah jerlus di Masjid India.

“Perkara ini adalah membabitkan isu teknikal dan saya yakin pihak pasukan SAR mempunyai kepakaran dalam perancangan mereka selanjutnya.”

“Kita meneliti berapa lama tempoh masa diambil untuk botol berkenaan sampai ke loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di Pantai Dalam,” katanya.

Beliau berkata pasukan SAR turut menggunakan teknologi kamera di lurang kumbahan bagi mengesan mangsa.

Anda Mungkin Berminat