JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan kini menghuni ranking ke-4 dunia.
Menerusi kemas kini kedudukan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan Zii Jia mencatatkan kenaikan dua anak tangga dari kedudukan keenam dunia sebelum ini.
Meskipun tersingkir di pusingan awal Terbuka Jepun, Zii Jia tetap mencatat peningkatan hasil persembahan positif di beberapa kejohanan terdahulu selain merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris.
Pemain kelahiran Kedah ini mengumpul 83,716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Olimpik Paris, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.
Kejayaan ini menyaksikan Lee Zii Jia kembali ke kelompok 4 pemain terbaik dunia dengan kali terakhir juara Terbuka Thailand ini berada di kedudukan sama adalah pada 23 April tahun lalu.
Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Olimpik, Viktor Axelsen di tempat ke-2 diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia.
Zii Jia kini sedang menjalani tempoh rehat dan pemulihan setelah berjuang hebat di temasya Olimpik Paris lalu dan dijangka turun beraksi semula apabila kembali cergas