Oleh: Farah Faizal
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedia menerima sebarang input daripada pelbagai pihak berkaitan pelaksanaan pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet oleh kerajaan.
Menterinya, Fahmi Fadzil memaklumkan, sesi libat urus akan diteruskan dengan semua pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan lesen media sosial dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
“Kerajaan kekal dengan pendirian bahawa platform media sosial dan pesanan internet perlu dikenakan kerangka kawal selia untuk menjamin internet lebih selamat bagi seluruh rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Fahmi berkata, pertemuan dan perbincangan dengan semangat keterbukaan yang cukup baik.
“Saya juga telah terima memorandum daripada pihak Bersih dan akan teliti cadangan-cadangan berkenaan,” katanya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.