Neelofa hamil anak ketiga?

HANTARAN terbaharu di laman Instagram selebriti, Neelofa mengundang spekulasi para warganet yang berteka-teki sama ada dia hamil anak ketiga.

Neelofa yang mengenakan pakaian jubah berwarna merah dengan tudung berwarna putih kosong kelihatan seperti ada baby bump telah menimbulkan tanda tanya buat peminat yang melihat gambar tersebut.

Sesetengah daripada mereka turut meninggalkan komen menyatakan rasa syukur buat selebriti tersebut meskipun tiada pengesahan dibuat mengenai khabar tersebut.

“Macam mengandung. Alhamdulillah,” komen Nendamelatidesa.

“Rasanya ni gambar yang keberapa dah yang rasa lofa macam pregnant je,” kata Liakartka.

“Macam baru je umum Abbas lahir. Alhamdulillah, rezeki lagi,” ujar Kekla_kitchen.

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, bagaimanapun masih tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai sama ada dia berbadan dua ataupun tidak.

Namun, warganet tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi dan terus membuat andaian sendiri.

Untuk rekod, Neelofa berkahwin dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail pada Mac 2021.

Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.

Anda Mungkin Berminat