KSN umum pertukaran sembilan KSU

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan beberapa pertukaran penempatan termasuklah pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Dalam satu kenyataan media pejabat Ketua Setiausaha Negara, perubahan tersebut membabitkan 10 jawatan berkuatkuasa pada 5 September dan dua jawatan pada 23 September ini.

“Perubahan penempatan dan pelantikan baharu ini dilaksanakan seiring dengan hasrat untuk melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam yang menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu Perkhidmatan Awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh YAB Perdana Menteri,” katanya pada Rabu.

  1. Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
  2. Datu Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  3. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan
  4. Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
  5. Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  6. Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
  7. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  8. Datuk Awang Nik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  9. Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
  10. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  11. Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
  12. Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri

Tambah Shamsul lagi, ia juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip #taatsetia yang meletakkan keutamaan kepada kesetian kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

Anda Mungkin Berminat