PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu ada mengeluarkan kenyataan “Pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan” seperti yang ditularkan menerusi sebuah poster.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi kementerian itu, tangkap layar yang tular itu adalah palsu.
“Laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar ini,” kata kenyataan itu.