Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 pada 8 hingga 10 September nanti.
Dalam satu kenyataan ringkas, KPM memaklumkan pertandingan tersebut akan dilangsungkan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
“Pertandingan ini merupakan kesinambungan daripada program Pidato 3 Minit yang telah diadakan di SK Kubang Kerian 3, Kota Bharu tempoh lalu,” kata kenyataan tersebut.
Pertandingan pidato itu boleh diikuti secara langsung di saluran EduWebTV KPM.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut berkongsi rasa terujanya dengan pertandingan pidato tersebut.
“Ya! Ini yang paling saya tunggu! Buat pertama kalinya, Pidato Aspirasi Generasi Madani!” katanya menerusi laman media sosialnya.
Baca juga: