Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, menang emas kedua Malaysia

Oleh: Hanim Nadia

PARIS: Selepas jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang pingat emas, kini seorang lagi atlet para iaitu jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin meraih emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024 petang ini.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekali gus memadam rekod dunia diciptanya sebelum ini iaitu 231kg.

Angkatan itu turut menyaksikan Bonnie mengumpul dua pingat emas di pentas Sukan Paralimpik selepas kali pertama pada edisi Tokyo 2020 dengan rekod 228kg.

Hu Peng dari China yang membuat angkatan terbaik 214kg raih pingat perak manakala gangsa dimenangi wakil Itali Donato Telesca menerusi rekod 213kg.

Tahniah sekali lagi buat Bonnie Bunyau Gustin!

Anda Mungkin Berminat