Festival Seri Gema 2024 ditunda

Oleh: Shafira Aziz

FESTIVAL Seri Gema 2024 yang bakal diadakan 15 September depan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak akan ditunda ke satu tarikh baru yang akan diumum semula.

Dalam satu kenyataan, keputusan penundaan tersebut dibuat setelah mencapai kata sepakat bersama pihak berkuasa tempatan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua dalam usaha melestarikan dan merealisasikan acara aktiviti seni dan budaya di Selayang dan Gombak.

“Pada kesempatan ini, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku berkaitan penundaan acara ini,” kata pihak penganjur pada Rabu.

Paparan pengunjung juga boleh menerima bayaran balik (refund) tiket atau kekalkan ticket (ticket carry forward) menerusi pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur.

Borang di Google Form tersebut boleh diisi sehingga 30 September depan.

Untuk rekod, Festival Seri Gema bakal menampilkan barisan artis dalam persembahan Konsert Seri Gema Kita termasuk Monoloque, Amir Jahari, Margasatwa dan ramai lagi.

Selain persembahan, festival tersebut turut sertakan aktiviti yang menarik seperti gerai koleksi karya dan gerak produk jenama tempatan.

Anda Mungkin Berminat