Harga RON97, diesel turun 15 sen

PETALING JAYA: Kerajaan mengurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel sebanyak 15 sen menjadikan petrol RM3.25 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula RM3.01 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) pada Rabu memaklumkan, harga baharu itu berkuat kuasa mengikut tempoh dari 12 hingga 18 September 2024.

“Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia.

“Harga itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelasnya.

Sementara itu, sejak 8 Ogos 2024 kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia.

Manakala, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.

Anda Mungkin Berminat