Trump Dakwa Israel Akan Hancur Jika Harris Menang

CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa, Israel mungkin tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun akan datang jika Kamala Harris dipilih menjadi Presiden.

Menerusi debat calon presiden pada Rabu, bekas Presiden AS itu menyatakan, Harris membenci Israel dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Dia benci Israel. Jika dia presiden, saya percaya Israel tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun lagi, dan saya telah membuat ramalan yang agak baik, bagaimanapun saya harap saya salah tentang ini.

“Dia benci Israel. Pada masa yang sama, dalam caranya sendiri, dia benci penduduk Arab kerana keseluruhan tempat itu akan meletup. Orang Arab, rakyat Yahudi, Israel. Israel akan hilang,” katanya.

Trump juga dengan yakin berkata, dia adalah individu yang dapat mengakhiri konflik di Timur Tengah dan menghalang Perang Dunia III berlaku jika dia memenangi pilihan raya kali ini.

“Lebih baik saya menang, lebih baik saya menang, atau anda akan menghadapi masalah seperti yang tidak pernah alami. Kita mungkin tidak mempunyai negara lagi,” katanya dalam satu ucapan.

Anda Mungkin Berminat