Emosi ‘Tangis’ Nabila Razali

Oleh: Haikal Tajuddin

“TANGIS memiliki kekuatan untuk menyentuh hati dan membangkitkan pelbagai emosi setiap pendengar yang mendengarnya,” itulah ungkapan yang dikeluarkan penyanyi jelita, Nabila Razali.

Katanya, lagu ‘Tangis’ merupakan single terbaru yang menggambarkan emosi mendalam seseorang melalui kesedihan dan kehilangan.

“Sejujurnya, lagu ini bukanlah hanya sebuah lagu, tetapi juga mampu mencerminkan perasaan yang dirasakan oleh ramai orang di luar sana.

“Dengan penerimaan yang positif daripada pendengar, lagu ini boleh dianggap sebagai lagu wajib diperdengarkan yang mampu mencipta ikatan emosi erat antara peminat muzik dan penikmat seni,” kata nya.

Ujarnya lagi, komposer dan penyanyi terkenal, Naim Daniel menghasilkan ‘Tangis’ yang akan membawa pendengar merasai setiap bait lirik yang disampai.

Menariknya, lagu ini turut didendangkan dalam drama bersiri ‘Bawah Payung Awam’ dengan Nabila turut menjadi pelakon utama bersama Ben Amir yang ditayangkan sejak 13 Jun lalu.

Untuk info, Tangis dilancarkan sejak 15 Jun lalu dan berjaya mendapat lebih 100,000 penstriman di platform Spotify dan 100,000 tontonan di YouTube.

Anda Mungkin Berminat