Fazura fail permohonan cerai

PETALING JAYA: Figura terkenal tanah air, Nur Fazura telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, pagi ini.

Memetik laporan TheNewsMalaysia, Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, menerusi peguam pagi ini.

Terdahulu, warganet telah membangkitkan isu menerusi hantaran gambar atau video di laman media sosial mereka dan menganggap rumah tangga mereka sedang bergolak.

Berita lanjut menyusul.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat