Muat naik gambar bersama Fattah, Wanna Ali dilabel tak sensitif


Oleh: Haikal Tajuddin

GARA-gara berkongsi gambar bersama Fattah Amin di Instagramnya petang tadi, pelakon, Wanna Ali dikecam netizen kerana dilabel tidak sensitif dengan situasi semasa.

Tindakan Wanna atau nama sebenarnya Nur Syazwana Mohd Ali, 26 menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen kerana selebriti Fazura baru sahaja memfailkan penceraian hari ini.

Menurut sumber, Wanna dikatakan memuat naik gambar tersebut untuk mempromosi drama terbarunya bersama Fattah, Lelaki Melayu Terakhir.

“Artis dekat Malaysia macam ini memang kebanyakkannya tidak berotak. Tak sensatif langsung,” komen Dea_aziz.

“Tolong la hormat sikit. Sensitif la sikit. unfollow,” tambah Zulaiqakeiflieusuff_.

Namun, kontroversi itu tidak terhenti disitu sahaja, malah ada yang mendakwa Wanna Ali sebagai ‘penyondol’ sehingga disamakan dengan artis yang turut terlibat dengan kontroversi penyondol iaitu Ruhainies.

“Kau dengan Ruhainis sama sahaja. penyondol tidak bermaruah,” komen muhammadamirul4987_.

“Dah boleh gelar penyondol ke belum ini? Kalau belum kita panggil pra-penyondol dulu,” kata Haziq_nroman.

Sebagai info, Fazura, 40 dan Fattah Amin, 34, telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2024.

Dilaporkan pagi tadi Fazura memfailkan penceraian terhadap suaminya Fattah Amin, di Makhamah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Anda Mungkin Berminat