Azalina terima anugerah Khas Kewangan Islam Global

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah menerima anugerah Khas Kewangan Islam Global (GIFA) 2024 untuk Kepimpinan dalam Pembaharuan Perundangan dan Institusi yang berkaitan dengan Kewangan Islam di Republik Maldives pada Selasa.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, anugerah berprestij tersebut diberikan kepada beliau sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan signifikannya.

“Pengiktirafan tersebut seperti sumbangan signifikan beliau dalam agenda reformasi timbang tara terutamanya yang melibatkan sektor kewangan Islam.

“Jawatankuasa Anugerah GIFA juga turut mempertimbangkan beberapa personaliti lain dan setelah pertimbangan dan perbincangan terperinci.

“Jawatankuasa tersebut telah memutuskan bahawa anugerah ini diberikan kepada beliau berdasarkan beberapa kriteria dalam Metadologi GIFA,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Zamri Misman telah mewakili Azalina bagi menerima anugerah tersebut di Republik Maldives memandangkan beliau kini berada di Perancis bai menghadiri perbicaraan kes Tuntutan Sulu.

Sementara itu, GIFA telah muncul sebagai salah satu anugerah kewangan Islam yang paling berprestij di dunia dan memberi anugerah utama iaitu Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global kepada beberapa ketua negara serta ketua kerajaan atas sokongan dan dukungan mereka terhadap perbankan dan kewangan Islam sama ada di negara mereka sendiri mahupun di peringkat global.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat