Harris gesa pendudukan haram Israel di Gaza dihentikan

WASHINGTON: Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru badan antarabangsa untuk menamatkan jenayah perang di Gaza yang genap setahun 7 Oktober ini.

Dalam masa sama, Harris menegaskan, Israel juga tidak boleh menduduki semula wilayah Palestin sebaik sahaja konflik berakhir.

Bercakap dalam satu cara anjuran National Association of Black Journalists, Harris menggesa gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Hamas dari Palestin.

Langkah itu selain daripada penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.

“Kami telah menjelaskan dengan jelas bahawa perjanjian ini perlu dilakukan demi kepentingan semua orang di rantau ini,” katanya, lapor Reuters pada Rabu.

Menurut kementerian kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 41,252 orang terbunuh dan 95,497 cedera dalam serangan Israel di jalur yang dikuasai Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu sehingga kini.

Anda Mungkin Berminat