Alif Teega Akan Didakwa Esok – SPRM

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah esok (Jumaat).

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok agensi itu pada Khamis.

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” menurut video tersebut.

Lapor media tempatan, bagaimanapun hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Pada Julai lalu, SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh itu bersama dua lagi individu.

Beberapa akaun yang dibekukan itu serta syarikat, dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.

Bagaimanapun, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial.

Pasangan terbabit turut menegaskan mereka tidak pernah menggunakan wang awam untuk tujuan peribadi.

Anda Mungkin Berminat