Pembunuh Nia ditangkap, Polis buru dua lagi suspek

Oleh: Haikal Tajuddin

SEORANG pembunuh gadis penjual kuih (gorengan), Nia Kurnia Sari, 18 di Sumatera Barat akhirnya ditangkap.

Memetik Detiknews hari ini, pembunuh, Indra Septiawan, 26 mengakui telah merogol dan membunuh mangsa pada minggu lalu.

Ujarnya, dia bersama dua sahabatnya yang kini dalam buruan Polis sempat membeli gorengan yang dijual oleh gadis itu.

Sementara itu, Koperal Sumatera Barat, Irjen Suharyono, berkata, pembunuh mengikuti mangsa sewaktu perjalanan pulang ke rumahnya.

“Indra pada ketika itu sudah pun menyiapkan tali untuk mengikat korban (mangsa) dan terus menyelesaikan niat mereka.

“Pada ketika itu, mangsa diserkup mulutnya dan terus dibawa ke atas bukit,” jelasnya.

Tambahnya, kejadian itu dilakukan di atas bukit yang terletak 2 kilometer daripada tempat mangsa diserkup dan menguburkan mangsa dengan kedalaman 1 meter.

Pada 8 September lalu, gadis penjual gorengan di Sumatera Barat , Nia Kurnia Sari, 18, telah dijumpai dibunuh dan diikat bersama tali sebaik sahaja dirogol.

Pembunuhan itu mendapat perhatian ramai terutama sosial media apabila terdapat beberapa individu yang membuat perkongsian rakaman video mangsa yang sedang menjual gorengan di sekitar perumahannya.

Anda Mungkin Berminat