TOKYO: Pasukan penyelamat ketika ini sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang selepas beberapa rumah hanyut dalam banjir dan tanah runtuh di bandar Wajima, Wilayah Ishikawa, Jepun.
Sekurang-kurangnya enam maut dalam insiden banjir dan tanah runtuh yang melanda negara kepulauan Lautan Pasifik itu.
Dalam pada itu, hujan lebat melanda Ishikawa sejak Sabtu, dengan lebih 540 milimeter (mm) taburan hujan direkodkan di bandar Wajima selama 72 jam disebabkan hujan berterusan paling lebat, menurut data sedia ada.
Wilayah itu masih dalam proses pemulihan selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ritcher awal tahun ini, yang memusnahkan bangunan, mencetuskan gelombang tsunami dan mengakibatkan kebakaran besar.
Banjir itu turut menenggelamkan perumahan sementara yang dibina untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam gempa bumi semasa Tahun Baru.
Gempa bumi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 374 orang, menurut angka kerajaan Ishikawa.
Menurut sumber media tempatan, Al-Jazeera, setakat ini, seramai 4,000 isi rumah terputus bekalan elektrik selepas hujan, menurut Syarikat Kuasa Elektrik Hokuriku, manakala lebih 100 kawasan di wilayah itu sukar diakses, dengan jalan terhalang akibat tanah runtuh.
Baca juga: