Ringgit terus meningkat 12 peratus berbanding dolar AS

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia dijangka akan meningkat lebih 12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ia merupakan prestasi terbaik sejak 1973 lalu.

Sumitomo Mitsui Banking Crop., Jeff Ng, dalam satu kenyataan berkata, kenaikan ringgit ini didorong oleh pemulihan eksport dan usaha bank pusat dalam menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan untuk sentiasa memulangkan pendapatan pelaburan luar negara.

“Sulrplus akuan semasa Malaysia, pendirian neutral bank pusat dan asas ekonomi juga turut menjadi punca asas kepada kestabilan ekonomi sehingga bantu memperkuatkan nilai ringgit Malaysia.

“Dana global yang telah melabur sebanyak US$2.5 bilion dalam bon negara pada bulan Julai dan Ogos lalu serta sebanyak US$1.2 bilion saham tempatan telah dibeli sejak akhir Jun lalu.

“Pada Jumaat lalu, nilai ringgit juga sudah ditutup kepada 0.1 peratus pada 4.2037 berbanding dolar,” jelasnya.

Ujarnya, kenaikan ini sebenarnya dipacu oleh peralihan pelaburan ke Asia sejak pelabur asing lebih tertumpu kepada mata wang Amerika Latin, tahun lalu.

“Prestasi perdangangan yang baik dan penilaian aset yang menarik dijangka akan pengukuhan ringgit Malaysia.

“Ia juga turut disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kemungkinan adanya kenaikan harga pengguna jika subsidi bahan bakar dikurangkan bagi mengenakan Bank Negara Malaysia untuk tidak membuat perubahan sehingga 2025,” katanya lagi.

Bank of New York, Wee Khoon Chong, turut berkata, petunjuk kenaikkan ringgit kepada pasaran dijangka akan stabil dalam jangka masa pendek dengan memberi perhatian kepada penggumuman belanjawan negara pada bulan hadapan.

“Namun begitu, dalam jangka masa panjang, tiada sebarang keraguan bahawa nilai ringgit adalah menarik dan murah,” katanya.

Anda Mungkin Berminat