Ayuh! Imarahkan Malam Cinta Rasul di KL malam esok

KUALA LUMPUR: Bagi mengimarahkan program penghayatan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, satu program Malam Cinta Rasul diadakan di Tapak Urban Street Dining @ Stadium KL pada Khamis malam.

Penganjur program, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua yang berkelapangan untuk turut sama hadir bagi berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Jom bersama-sama kita raikan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan memperingati keperibadian agung Baginda serta para sahabat dalam program penuh barakah ini.

“Bawa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Kita jumpa di sana,” katanya di laman Facebook.

Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Nasyeed Raihan, UNIC, Faizal Ismail, Fikri Ibrahim, Qasidah Ar- Rayyan, Alif Satar and The Locos.

Anda Mungkin Berminat