Oleh: Haikal Tajudin
SKUAD Harimau Malaya kendalian Pau Marti bakal menentang pasukan India seperti Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 19 November ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlawanan itu di tempat lawan sempena kemenangan India 19 September lalu sehingga berada di kedudukan ke-126 dunia.
“Disebabkan perkara itu, Malaysia kini berada di kedudukan ke-132 dunia dan berbeza enam anak tangga daripada negara India,” jelasnya.
Dalam pada itu, skuad Harimau Malaya juga turut membuat rundingan dengan sebuah lagi pasukan lain bagi mengisi satu lagi slot aksi persahabatan pada bulan sama.
“Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 11 hingga 19 November ini.
“Dalam masa yang sama, FAM juga turut sedang membuat pengesahan terhadap satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bagi menentang satu lagi pasukan lain dalam tempoh berkenaan.
“Namun begitu, venue dan waktu perlawanan bermula akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh Dunia (AIFF),” ujarnya.
Kali terakhir Malaysia bertemu India ialah pada 13 Oktober 2023 di perlawanan Pestabola Merdeka 2023 yang mana ia menyaksikan skuad Harimau Malaya pada ketika itu dibimbing oleh Kim Pan Gon berjaya mencatatkan kemenangan 4-2 di stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia pernah bertemu India dalamn dua perlawanan persahabatan pada 2011 dengan catatan seri 1-1 sewaktu pertama kali beraksi di Guwahati.
Namun begitu, skuad yang dikendalikan oleh Datuk K. Rajagobal didapati tewas 3-2 pada aksi kedua di Kolkata.