Putera Mahkota Arab Saudi bimbang nyawa terancam seperti Anwar Sadat


Oleh: Haikal Tajuddin

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman secara peribadi mengakui tidak peduli terhadap masalah yang dialami oleh negara Palestin.

Beliau berkata demikian sewaktu diwawancara secara tertutup bersama Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, semalam.

Memetik JNS, Putera Mahkota berkata negara tersebut tidak penting dan beliau hanya mengambil berat rakyatnya sahaja.

“Bagi kebanyakan rakyat tidak pernah tahu tentang masalah Palestin dan hanya didedahkan kepada isu ini buat kali pertama melalui konflik ini.

“Walaupun ini adalah masalah besar, namun adakah saya peduli secara peribadi tentang masalah Palestin?

“Saya tidak tetapi rakyat saya peduli. Jadi, saya perlu memastikan ini sebagai satu perkara yang bermakna,” katanya.

Sebaliknya, beliau lebih sayang nyawanya sendiri dan tidak mahu tragedi pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat pada 1981 berlaku lagi. Hal ini selepas Anwar menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Tambahnya, Hamas mungkin akan membalas dendam secara berdarah atas perjanjian normalisasi itu.

“Penasihat saya mengatakan bahawa perjanjian itu tidak berbaloi dan akan memberi risiko yang menyebabkan saya boleh dibunuh kerana perjanjian ini,” jelasnya.

Pada 18 September lalu, Mohammed Salman secara terbuka menyatakan kepentingan Perjanjian Abraham yang memperbaharui penolakan dan kecaman tegas kerajaan terhadap jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

Bekas Presiden, Donald Trup pada ketika itu menjadi perantaraan terhadap Perjanjian Abraham yang menyaksikan hubungan diplomatik antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan serta Morocco.

Namun, beliau berkata, normalisasi Israel-Saudi akan berlaku sekiranya berada di bahawa pentadbiran Demokrat di White House.

Anda Mungkin Berminat