Ringgit masih catat pertumbuhan positif berbanding Yen dan Euro


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit mencatatkan sedikit perubahan apabila diniagakan pada 4.1560/1275 hari ini berbanding dolar AS berbanding 4.1210/1260 pada akhir urusniaga semalam.

Bagaimanapun, ia masih dikira positif dan lebih kukuh berbanding dolar AS

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 10.34 pagi, nilai ringgit juga menunjukkan trend meningkat berbanding yen Jepun iaitu kepada 2.8868/8709 berbanding 2.8899/8936 pada sesi penutupan, semalam.

Malah, ia dilihat lebih meningkat berbanding Eropah kepada 4.6267/5960 daripada 4.6106/6162.

Ia turut dilihat lebih tinggi berbanding pound Britain yang kini nilai diniagakan adalah kepada 5.5587/5209 daripada sesi penutupan pada hari semalam iaitu 5.5193/5260.

Di negara ASEAN, nilai mata wang ringgit juga mencatatkan prestasi yang baik iaitu meningkat berbanding dollar Singapura kepada 3.2057/2118 daripada 3.2175/2217.

Ia juga dilihat lebih kukuh kepada baht Thailand iaitu kepada 12.7082/7420 daripada 12.8037/8284, diikuti dengan rupiah Indonesia yang kini menjadi 272.0/272.7 berbanding 272.1/272.6 semalam.

Namun begitu, peso Filipina masih kekal kepada 7.34/7.37 daripada 7.35/7.37.

Anda Mungkin Berminat