KOTA SETAR: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri Kedah menurun kepada 626 orang setakat 8.22 pagi pada Rabu.
Jumlah itu dilaporkan berkurangan berbanding 826 orang mangsa malam tadi.
Menerusi laman sesawang info bencana JKM, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) juga berkurangan kepada 10 PPS berbanding 14 PPS semalam dengan daerah Kubang Pasu menutup semua PPS mereka setelah banjir kembali surut.
Bagaimanapun, Kota Setar masih mencatat 276 orang di tiga PPS, 253 orang di lima PPS Baling dan 103 mangsa banjir dua PPS Pokok Sena.
Di Betong Sarawak pula, kekal dengan 105 mangsa di satu PPS.
Sementara itu, dua negeri baharu membuka PPS iaitu satu di Kampar Perak dengan 16 orang dan satu PPS di Hulu Langat dengan lapan mangsa banjir.