Ringgit mengukuh berbanding Yen Jepun

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan ringgit Malaysia sedikit susut kepada 4.2050 bagi sesi pembukaan berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) setakat 11 pagi hari ini.

Ringgit pada Khamis berada pada 4.2050/1985 daripada 4.1730/1790, semalam.

Bagaimanapun, nilai ringgit bagi kumpulan mata wang utama masih kukuh, antaranya mengatasi nilai yen Jepun yang berada pada 2.8606/8975 daripada 2.8931/8975.

Ia naik berbanding Euro kepada 4.6100/6377 daripada 4.6208/6274 dan nilai pound Britain pula kini diniagakan kepada 5.5765/5689 daripada 5.5472/5551.

Tidak ketinggalan, mata wang tempatan juga turut lebih tinggi berbanding mata wang di peringkat ASEAN, mengatasi dolar Singapura pada 3.2298/2496 daripada 3.2386/2436 semalam dan sedikit naik berbanding baht Thailand kepada 12.6854/7711 daripada 12.7350/7587.

Namun, ringgit dilihat sedikit merosot berbanding rupiah Indonesia yang diniagakan pada 273.3/275.1 daripada 273.2/273.8 pada Rabu lalu.

Manakala, peso Filipina berada dalam keadaan stabil iaitu pada 7.43/7.48 daripada 7.43/7.44, semalam.