Malaysia solidariti bersama rakyat Bangladesh mahu perubahan

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama Malaysia dengan Bangladesh terus mekar demi kesejahteraan rakyat.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, lawatan singkat ke Bangladesh semalam adalah bagi menyatakan solidariti bersama-sama rakyat Bangladesh.

“Lawatan singkat ke Republik Rakyat Bangladesh semalam adalah bagi mempaculkan solidariti bersama rakyat Bangladesh yang sekian lama dambakan perubahan, selain berusaha mencari ruang dan peluang dalam mempererat hubungan di pelbagai bidang,” katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut mekankan kerjasama strategik serta melakukan perubahan bermakna selain melakukan.

“Tidak sekadar strategik, malah Malaysia dengan sedaya upaya ingin Bangladesh turut bangkit bersama sebagai satu ketumbukan bagi memungkinkan perubahan yang bermakna,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan ke atas Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin di Istana Presiden, Bangabhaban.

Antara perkara yang disentuh pada pertemuan itu adalah berkaitan usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelaburan termasuk pelbagai lapangan lain yang menjadi kepentingan bersama.

Anda Mungkin Berminat