Pelarian lintasi sempadan Syria dari Lubnan selepas serangan Israel – UNHCR

LEBIH 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, usaha bantuan oleh pihak berkuasa Syria, misi Bulan Sabit Merah, pejabat UNHCR dan organisasi lain sedang giat dijalankan di kawasan sempadan.

Pada Jumaat, pesawat Israel menyerang pusat pemeriksaan Masnaa di wilayah Lubnan, menyebabkan lalu lintas di lebuh raya Beirut-Damsyik terhenti di kedua-dua arah dan laluan utama untuk pelarian terputus.

Israel memulakan serangan darat terhadap Hezbollah di selatan Lubnan pada Isnin, sementara serangan udara dan roket antara satu sama lain terus berlanjutan.

Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati berkata pada Rabu, bahawa kira-kira 1.2 juta orang, termasuk pelarian Syria, telah kehilangan tempat tinggal akibat permusuhan itu.

Menteri Kesihatan Lubnan, Firass Abiad pula berkata pada Khamis, bahawa hampir 2,000 orang terbunuh dan lebih 9,000 lagi cedera dalam serangan Israel.

Anda Mungkin Berminat