Kes bicara semula penceraian Fazura-Fattah

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Kes perbicaraan semula penceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin bakal ditentukan keputusannya di Mahkamah Syariah Petaling, Selangor pada hari ini.

Nur Fazura, 41, hadir di kawasan mahkamah sekitar pukul 9.06 pagi dengan memakai busana berwarna pastel merah jambu.

Manakala, Fattah Amin, 34, tiba di perkarangan mahkamah lebih kurang pukul 9.33 pagi kelihatan sugul.

Sebelum ini, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di mahkamah sama pada 13 September lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Anda Mungkin Berminat