Perhatian, Ini 28 Kawasan Larangan Merokok!

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Bermula 1 Januari 2025, sebanyak 28 tempat akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan dijalankan secara berfasa iaitu dengan tempoh masa diberikan selama tiga bulan kepada pemilik premis berkenaan.

Mana-mana individu yang gagal mematuhinya berdepan dengan kompaun sehingga RM5,000.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli memaklumkan, premis diberi masa sehingga enam bulan dari tarikh penguatkuasaan Akta 852 untuk mempamerkan tanda amaran merokok yang baharu.

Tanda amaran merokok itu memaparkan imej rokok dan rokok elektronik selain kod QR yang membawa pelayar ke portal Jom Quit milik kementerian itu.

Ia turut mempunyai beberapa saiz untuk diletakkan di tempat bersesuaian seperti dalam bangunan, kenderaan awam, teksi dan e-hailing serta mana-mana laluan.

Anda Mungkin Berminat