Sah cerai talak satu, tiada lagi ‘FattZura’

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Kes penceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin menemui titik akhir apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang, hari ini.

Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada pukul 9.45 pagi.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengesahkan perkara itu.

Nur Fazura, 41, hadir di kawasan mahkamah sekitar pukul 9.06 pagi dengan memakai busana berwarna pastel merah jambu.

Manakala, Fattah Amin, 34, tiba di perkarangan mahkamah lebih kurang pukul 9.33 pagi kelihatan sugul.

Sebelum ini, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di mahkamah sama pada 13 September lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Anda Mungkin Berminat