662 kanak-kanak GISBH dapat perlindungan Mahkamah

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli melaporkan seramai 662 orang kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti eksploitasi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kini berada di bawah perlindungan mahkamah.

Beliau menerusi sidang media berkata, kanak-kanak yang diselamatkan itu telah menerima perintah mahkamah untuk diberikan hak perlindungan yang setimpal kepada mereka.

Jelasnya, perkara juga turut dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini.

“Namun begitu, kami tidak membincangkan perkara lain, seperti isu fatwa di peringkat negeri mengenai ajaran yang dibawa oleh kumpulan itu sama ada sesat atau tidak.

“Itu boleh merujuk kepada fatwa mufti,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet tersebut.

Awal September lalu, pihak polis telah membuat serbuan ke atas rumah kebajikan di seluruh semenanjung yang memiliki perkaitan rapat dengan GISBH.

Dipercayai, mereka telah disyaki terlibat dengan aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan agama.

Sebelum keputusan serbuan dilaporkan, seramai 359 pengikut GISBH telah ditangkap termasuk pihak pengurusan tertinggi syarikat itu.

Anda Mungkin Berminat