Ringgit jatuh kerana harga minyak mentah naik

RINGGIT dilaporkan jatuh akibat peningkatan harga minyak mentah global yang berada di prestasi terburuk dalam kumpulan mata wang utama.

Memetik The Edge, seperti yang dikongsikan Pakar Strategi RBC Capital Markets, Luis Estrada, hal ini berlaku kerana dipengaruhi dengan kebimbangan yang sedang berlaku di kawasan Timur Tengah.

“Pada Isnin lalu, para pedagang global telah mengurangkan pemotongan kadar faedah yang besar dari Federal Reserve (FED) Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda ekonomi AS semakin kukuh.

“Kesannya, nilai mata wang negara membangun telah ditutup 0.2 peratus dan dicatat lebih rendah sehingga memberi kesan yang buruk kepada prestasi ringgit di Malaysia.

“Susulan itu, harga minyak juga turut dilaporkan meningkat sehingga menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan para pelabur akibat ketegangan yang makin meningkat di Timur Tengah,” jelasnya pada Selasa.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menutup urusniaga dengan kadar 4.2725 pada Dolar Amerika Syarikat (AS) semalam. Manakala kadar hari ini pula masih belum dikemaskini di laman sesawang BNM.

Anda Mungkin Berminat