WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan amaran keselamatan kepada syarikat penerbangan mengenai potensi pergerakan terhad atau tersekat pada kemudi pesawat tertentu Boeing 737.
Amaran itu dibuat selepas seorang pegawai keselamatan menggesa agensi itu mengambil tindakan, mendorong Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) pada 26 September mengeluarkan saranan keselamatan segera kepada Boeing dan FAA.
Ini dilakukan selepas menyiasat potensi masalah kemudi pada beberapa pesawat 737 yang menyebabkan FAA menubuhkan lembaga kajian tindakan pembetulan.
Saranan NTSB itu dikeluarkan selepas mereka menyiasat kes yang berlaku pada Februari melibatkan penerbangan United Airlines.
Amaran keselamatan itu tersebut mengarahkan juruterbang dan pengendali syarikat penerbangan untuk menyemak prosedur Boeing bagi menangani kemudi yang tersekat.
FAA berkata, ia akan mengumpulkan data hasil daripada pemeriksaan dan siasatan yang disarankan, namun tidak merancang untuk mencadangkan arahan yang memerlukan syarikat penerbangan menggantikan komponen yang mungkin mengakibatkan sekatan.
Minggu lalu, NTSB menyatakan lebih daripada 40 pengendali asing bagi pesawat Boeing 737 mungkin menggunakan pesawat 737 atau 737 Next Generation yang mempunyai komponen kemudi yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan.
“Amaran tersebut memberikan maklumat mengenai pemeriksaan automatik sedia ada bagi sistem kemudi ‘yang dapat mengenal pasti pergerakan kemudi terhad atau tersekat semasa mendekati pendaratan’.
“Ia juga menyarankan syarikat penerbangan memberi amaran kepada juruterbang bahawa kemudi ‘mungkin tersekat atau terhad dalam penerbangan atau semasa pendaratan akibat kelembapan yang boleh terkumpul dan membeku’,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
NTSB menyatakan sebanyak 271 komponen yang terjejas mungkin dipasang pada pesawat yang sedang diguan pakai sekurang-kurangnya 40 syarikat penerbangan asing serta 16 yang mungkin masih dipasang pada pesawat berdaftar di AS.
Selain itu, sehingga 75 mungkin telah digunakan dalam pemasangan pada pesawat dalam menerusi perkhidmatan selepas jualan.
Boeing pada Ogos memaklumkan kepada pengendali 737 yang terjejas mengenai ‘keadaan yang berpotensi berlaku dengan penggerak panduan kemudi’ dalam mesej yang dikenali sebagai Multi Operator Message.
Boeing pada Selasa berkata ia terus bekerja di bawah pengawasan pengawal selia dan telah ‘mengingatkan pengendali mengenai tindakan yang betul yang perlu diambil oleh kru penerbangan jika mereka menghadapi sekatan kemudi’.
NTSB sedang menyiasat kes pada Februari di mana pengendali kemudi pada pesawat United 737 MAX 8 tersekat dalam kedudukan neutral semasa pendaratan di Lapangan Terbang Newark Liberty di New Jersey.
Tiada kecederaan dilaporkan kepada 161 penumpang dan kru.
Pada bulan September lalu, United menyatakan bahawa komponen kawalan kemudi yang berkenaan digunakan hanya pada sembilan pesawat 737 miliknya, yang asalnya dibina untuk syarikat penerbangan lain dan bahawa komponen terbabit telah dikeluarkan awal tahun ini. – REUTERS
Baca juga: