Oleh: Haikal Tajuddin
NILAI ringgit Malaysia memperlihatkan trend peningkatan yang lebih baik berbanding sesi penutupan semalam iaitu daripada 4.2850 kepada 4.2840.
Nilai itu dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada jam 12 tengahari tadi.
Selain itu, nilai ringgit juga dilihat lebih kukuh berbanding nilai mata wang utama seperti Euro dan Yen Jepun.
Mata wang Euro kini mencecah 4.6983/7142 daripada 4.7079/7129 pada sesi penutupan semalam manakala nilai pound pula kini dilaporkan menjadi 5.6058/6260 daripada 5.6108/6167.
Hal ini juga sejajar dengan yen Jepun yang mencapai 2.8884/9005 daripada 2.8988/9022, semalam.
Di peringkat ASEAN pula, nilai ringgit dilaporkan lebih tinggi berbanding baht Thailand iaitu 12.7644/8048 dan turut meningkat berbanding dolar di Singapura iaitu 3.2854/2937.
Namun begitu, nilai mata wang di rupiah di Indonesia dan peso di Filipina tidak mengalami sebarang perubahan berbanding semalam iaitu 7.53/7.55 (rupiah) dan 273.6/274.4 (peso).