Ulasan | Ajar anak-anak kita, kuasa Raja itu benteng politikus durjana

Oleh: Liyana Marzuki

PUNYA teruk naratif yang dicanang baru-baru ini. Katanya Kerajaan nak pinda Perlembagaan nak buang agama Islam sebagai agama rasmi.

Saya dengar benda ini dari kecil. Dulu termakan la propaganda. Bila dah masuk Universiti, baru la tersedar.

Nak pinda benda-benda sensitif mengenai Islam dan hak Bumiputera, bukan sahaja perlukan undi 2/3, malah kena perkenan Majlis Raja-Raja. sembilan Raja-Raja Melayu kena bersetuju, nak pinda Perlembagaan begitu.

Baginda-baginda ini penaung dan pemimpin nombor 1 agama kita, logik ke Baginda setuju buang agama dalam Perlembagaan. Hilang lah kuasa.

Politikus yang merepek bodohkan Melayu, disaran masuk kelas Perlembagaan dulu.

Jadi, ajar anak-anak kita mengenai asas pembentukan negara mengandungi lima perkara utama:

Agama Islam sebagai agama rasmi; Bahasa Melayu sebagai bahasa Persekutuan; Kedudukan Raja-Raja Melayu; Hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera; serta Kerakyatan dan Kewarganegaraan

Ini semua tidak boleh dipinda tanpa persetujuan sembilan Raja-Raja Melayu.

Jadi ‘Far Left’ jangan la cuba-cuba nak mengusik Perlembagaan. Hampir mustahil untuk dipinda. Melainkan Raja nak diguling. Itu akan buat rakyat bangkit melawan balik.

Hasutan melampau

Bagi ‘Far Right’ juga, jangan la dok memandirkan Melayu, memomokkan kita dengan propaganda sepanjang zaman: Orang lain boleh ubah Perlembagaan. Anda menidakkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Ada yang sampai kata jangan percaya Raja Melayu nak pertahankan Perlembagaan. Kononnya Raja tidak Islamis dan bukan pejuang Melayu. Itu hasutan melampau.

Nakkan pengundi pajak otak kepada Pemimpin Berhala mereka. Saya harap Kerajaan bertindak tegas kepada penghasut-penghasut ini. Ini semua geng ‘politaik’.

Ada juga geng-geng yang persoalkan relevensi Raja-Raja Melayu. Harap anda buka mata anda.

Raja-Raja ini juga penyemak dan imbang politikus. Ada pemimpin-pemimpin dan propagandis tua, dah mula menghasut kita, agar benci Raja. Kononnya, Raja ini menghabis beras saja. Nak kontrak sini sana. Tapi yang tua-tua ini kita perasan, mereka pun kaya raya, jadi kroni sini sana, anak-anak hartawan belaka.

Kita pun mula berfikir, adakah ini jadi ‘power struggle’, siapa makan kek lebih besar?

Undang-undang terpilih

Ya, Raja itu tidak sempurna. Ada antik mereka kita boleh bersuara. ‘But so does’ politikus, adakah mereka maksum?

Kes rogol pelajar bawah umur tahun 80-an di Melaka, ditutup rapat dan yang menyoal dipenjara. Dibuat oleh pemimpin popular negara. Buat kita sedar laungan ‘Rule of Law’ hanya untuk halwa telinga.

Kes terkeji yang diungkit-ungkit berpuluh tahun, namun bila ada kes pemimpin bersama video, dikatakan kabur. Ada ditambah SD (akuan berkanun) yang kuat oleh mangsa, mereka benamkan saja. Yang tu langsung mereka alpa.

Buat kita tertanya, adakah dosa itu hanya terpakai kepada lawan dan musuh utama? Kalau pemimpin yang mereka suka. Semburit pun tidak mengapa.

Ramai pengundi sedar empat hingga lima tahun kebelakangan ini. Wajah sebenar pemimpin – buat kita hilang percaya kepada kelompok politik, boleh menjaga negara sesama mereka.

Kepada Raja-Raja kita sandarkan harapan. Harap mereka tidak pinggirkan anak watan.

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial

Anda Mungkin Berminat