Kerjasama strategik ASEAN-EU dipertingkat  

VIENTIANE: Kerjasama strategik antara ASEAN-Kesatuan Eropah (EU), akan dipertingkat sewaktu Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan delegasinya.

“Pertemuan ini saya gunakan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU), selain kami turut bertukar pandangan terkait perkembangan geopolitik serantau dan antarabangsa.

“Saya juga menyatakan hasrat Malaysia untuk meneruskan perbincangan terkait perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU, selain menyatakan beberapa pandangan berhubung Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang memberi kesan langsung kepada industri sawit negara,” kongsinya di Facebook pada Khamis.

Anwar dan delegasi kini dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-27 di Vientiane, Laos.

Anda Mungkin Berminat