KOTA SETAR: Kedah merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dalam negara dengan 3,289 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 pagi hari ini.
Laman sesawang info bencana banjir JKM memaklumkan daerah Kota Setar masih mencatatkan mangsa banjir yang tertinggi iaitu 1,389 orang diikuti Kubang Pasu (870); Pendang dan Pokok Sena masing-masing merekodkan 515 mangsa banjir.
Begitu juga dengan Perlis yang turut mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 665 orang di enam PPS iaitu di Arau (316); Kangar (235) dan Padang Besar (214).
Di Perak pula, dua PPS kekal di Kerian menempatkan 136 mangsa banjir.
Manakala jumlah mangsa banjir di Betong, Sarawak masih kekal dengan 105 orang.
Sementara itu, Cameron Highlands pula kekal dengan 70 orang di satu PPS.
Akhir sekali, Batu Pahat di Johor merekodkan 17 mangsa banjir di satu PPS.