Oleh: Kamilia Ali
PENYANYI Aina Abdul diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 dengan lebih 8 juta undian.
Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berjaya membawa pulang dua trofi pada malam ABPBH36.
Trofi pertama yang diperolehi dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Aina memintas Ernie Zakri, Siti Nordiana, Stacy dan Adira Suhaimi.
Kemenangan tersebut memperlihatkan Aina berjaya pertahankan kedudukannya pada edisi lalu dengan sokongan yang tidak putus daripada kelab penyokongnya yang dikenali sebagai Ainations.
Menariknya, selain trofi, Aina turut membawa pulang trofi, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), emas seberat 50gram (g) dan hadiah sumbangan daripada penaja utama, CONBOO.
Sepanjang tahun lalu, banyak kejayaan dicapai Aina termasuk meraih tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu serta mempertahankan trofi Vokal Terbaik.
Senarai penuh pemenang kategori utama:
Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy
Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra
Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf
Aktres Filem Popular – Fasha Sandha
Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi
Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema
Aktor TV Popular – Hun Haqeem
Aktres TV Popular – Anna Jobling
Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar
Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini
Penyampai Radio Popular – KJ
Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad
Artis Komedi Popular – Senario
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla
Kategori ekstra:
Lagu Paling Boom Popular – Masing – Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)
Couple Filem Popular – Bront Palare & Nadiya Nissa (Harum Malam)
Couple Drama Popular – Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)
Watak Antagonis Drama Popular – Aleza Shadan
Artis Sensasi Popular – Siti Nordiana