‘Dibuang’ politik, kini hiburan tempat saya berteduh – KJ

Oleh: Haikal Tajuddin

KHAIRY Jamaluddin (KJ) tidak kesal menyertai dunia hiburan walaupun telah ‘dibuang’ daripada dunia politik setelah kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu.

Katanya, kesedihan itu diganti dengan sesuatu yang baharu yang tidak pernah diimpikannya.

“Saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang mungkin seketika ataupun mungkin lama.

“Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh,” jelasnya.

“Mungkin ia bermula sebagai troll atau prank, tetapi Hot FM memberi peluang kepada saya ke udara melalui radio. They took a chance on me,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Beliau yang juga penerima trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) semalam turut berkata rezeki ada di mana-mana.

“Sepertimana saya sebut semalam dalam ucapan saya, “Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t,” katanya lagi.

Lebih setahun bertugas di Hot FM, KJ mempunyai aura tersendiri untuk membuat pendengar terhibur dengan celotehnya yang bersahaja.

Karisma sebagai bekas pemimpin juga terserlah terutama ketika membicarakan topik serius menerusi slot kendaliannya.

Anda Mungkin Berminat