Lekir Umum Undur Diri dari Ultras Malaya

PETALING JAYA: Pengasas Gerakan Ultras Malaya, Lekir atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad telah mengumumkan pengundurannya dari gerakan ini yang selama ini sinonim dengan dirinya.

Dalam satu hantaran di media sosial, Lekir menyatakan sudah tiba masanya untuk menyerahkan kembali nama Ultras Malaya (UM) dan meleraikan segala yang berkaitan dengan gerakan tersebut.

“Saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, tersilap bicara, tercanggung urus, terjelek perbuatan. Segala pahit manis yang berlaku adalah asam garam naik turun sebuah gerakan,” katanya.

Dengan 11 subunit bersuara secara kolektif di hadapan, Ultras Malaya akan terus menjadi paksi ke-12 Harimau Malaya tanpa beliau.

Lekir juga menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang mahu dikejarkan, disesalkan atau didendamkan kerana semua ini adalah ceritera sebuah perjalanan.

“Terima kasih semua komrad atas kesudian untuk kebersamaan selama ini,” ujarnya.

Terima kasih Malaysia Bangkit ucapkan kepada Lekir atas segala jasa dan perjuangan. Semoga gerakan Ultras Malaya terus maju dan berjaya.

Anda Mungkin Berminat