Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada pembaharuan undang-undang yang lebih fleksibel dalam ucapannya di Persidangan LAWASIA Ke-37 di Hilton Hotel, di sini, hari ini.
Beliau menekankan bahawa kebebasan kehakiman mesti dijunjung tinggi untuk memastikan keadilan terlaksana tanpa rasa takut atau berat sebelah.
“Profesion undang-undang memainkan peranan penting dalam evolusi ini yang bekerjasama rapat dengan pembuat dasar dan pihak berkepentingan untuk mereka bentuk rangka kerja yang menggalakkan inovasi sambil melindungi keadilan.
“Landskap yang berubah ini memerlukan kita untuk memikirkan semula sama ada undang-undang tersebut mencukupi untuk melindungi privasi, keselamatan dan kepercayaan awam.
“Terutamanya keputusan kehakiman itu boleh berkhidmat untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang,” jelasnya.
Beliau juga menyatakan bahawa sistem perundangan yang terlalu tegar boleh menghalang kemajuan dan menghakis kepercayaan orang ramai.
“Profesion undang-undang harus bekerjasama rapat dengan pembuat dasar dan pihak berkepentingan untuk merangka rangka kerja yang menggalakkan inovasi sambil melindungi keadilan,” kata Anwar.
Persidangan itu turut dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan yang membincangkan isu-isu utama dalam sektor undang-undang dan kehakiman yang memperlihatkan komitmen Malaysia dalam membina sistem perundangan yang dinamik dan adil.
Baca juga: