Isu ‘tertunggak’ Malaysia-Singapura boleh selesai di meja rundingan – Penganalisis

Oleh: Haikal Tajuddin

KUALA LUMPUR: Tiada penyelesaian jangka panjang isu tertunggak antara Malaysia dengan Singapura namun ia akan diselesaikan menerusi rundingan dan hubungan baik kedua-dua negara.

Penganalisis Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu menyelesaikan isu-isu ‘ tertunggak’ susulan pertemuan bersama rakan sejawatnya, PM Singapura, Lawrence Wong.

“Malaysia dan Singapura itu bukanlah satu isu yang baharu. Pertikaian air, ruang udara dan sempadan (maritim) ini juga memang sudah lama berlarutan dari sekian tahun.

“Tetapi, saya lihat bahawa isu tertunggak itu mampu untuk ditangani PM kerana kita tahu bahawa, negara yang sering dilawati hubungan baik pada masa kini ialah Singapura.

“Beliau pasti akan gunakan hubungan baik dengan pemimpin Singapura untuk meneruskan apa jua perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian itu,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Bangkit.

Tambahnya, untuk menyelesaikan isu tertunggak dalam jangka masa yang panjang sama sekali tidak berkesan, malah langkah terbaik adalah dengan cara melakukan rundingan sahaja.

“Untuk menyelesaikan konflik tersebut dalam jangka masa panjang sama sekali tidak wujud. Jadi, hubungan baik adalah salah satu langkah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Sebagai pengerusi ASEAN, sudah pasti Anwar akan menggunakan hubungan baik sebagai langkah menyelesaikan konflik dan juga pertikaian tersebut,” ujarnya.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar dan Wong telah mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.

Menerusi perjumpaan tersebut, Malaysia dan Singapura mencapai kesepakatan dan kemajuan untuk menyelesaikan beberapa isu tertunggak iaitu bekalan air, kawalan ruang udara dan sempadan maritim diantara kedua-dua negara tersebut.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, Laos sebagai pengerusi ASEAN 2024 juga telah menyerahkan jawatan pengerusi itu kepada Malaysia yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Anda Mungkin Berminat