BALING: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Pahang terus meningkat kepada 1,682 orang dan 1,352 orang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.38 pagi hari ini.
Menerusi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Baling paling tinggi mangsa banjir di PPS iaitu 703 mangsa diikuti Kota Setar (549), Pendang (392) dan Pokok Sena menurun kepada 38 orang.
Tidak hanya Kedah, Pahang turut mencatatkan peningkatan mangsa banjir iaitu di Temerloh.
Satu lagi negeri yang turut mencatatkan jumlah mangsa banjir melebihi 1,000 orang ialah di lima daerah Perak iaitu Kuala Kangsar (720 orang) diikuti Hulu Perak (210), Muallim (170), Kerian (104) dan Hilir Perak seramai 56 orang.
Manakala di Johor pula, tiga daerah membuka empat PPS iaitu di Kluang, Kulai dan Batu Pahat bagi menempatkan 199 orang.
Di Sarawak pula mengekalkan catatan terakhir sejak 29 September dengan 105 orang berada di satu PPS Betong.
Akhir sekali, di Hulu Selangor menempatkan 33 orang di satu PPS.