KISAH tular pelajar tahun 6 yang sedih kerana tidak dapat mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) kerana kemiskinan, akan mendudukinya pagi ini.
Berita itu dimaklumkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta pegawainya di Kelantan membantu urusan pengangkutan pelajar itu bagi menduduki peperiksaan UKKM.
“Insha-Allah, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah dan MRSM Kuala Krai akan membantu mengambil adik Nasuha esok pagi bagi menduduki ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang sebelum ini tercicir akibat tiada kenderaan untuk mengambil ujian
“Jangan jadikan kemiskinan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga dipermudahkan dan selamat jaya buat adik Nasuha,” katanya menerusi telefon bercakap sendiri dengan Nasuha dan bapanya.
Terdahulu, kisah Nasuha disiarkan media tempatan bukan sahaja mendapat perhatian MARA malahan keluarga turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada keluarganya.
“Semoga dipermudahkan dan selamat jaya buat adik Nasuha, dari kami Editorial Malaysia Bangkit.”