Pelaburan NCER berjumlah RM48.25 bilion – PM

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu selepas dimaklumkan dalam Mesyuarat Ke-32 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dipengerusikan beliau, hari ini.

“Nilai ini adalah peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“NCER juga telah menyaksikan sebanyak 10,529 peluang pekerjaan baharu melalui pelaburan direalisasikan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, katanya, mesyuarat turut membincangkan inisiatif-inisiatif dalam menyokong ekosistem pelaburan di NCER selari dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030, antaranya adalah pembangunan pusat inovasi teknologi, hub agro makanan dan peralihan tenaga.

“Perancangan ini penting dalam usaha Kerajaan MADANI memastikan NCER berterusan dapat menarik pelaburan terkait industri strategik yang berimpak dan bernilai tinggi,” ujarnya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat