Dewan Rakyat lulus RUU Kewarganegaraan

Oleh: Kamilia Ali

PARLIMEN | Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan dengan majoriti dua pertiga daripada 206 undi selepas perbahasan panjang melibatkan 70 ahli parlimen.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan bahawa RUU itu diterima oleh majoriti dengan 206 Ahli Parlimen menyokong, satu menentang, satu berkecuali kerana digantung tugas, dan 14 ahli tidak hadir.

Secara keseluruhan, 221 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam undian.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Baca juga: