Permohonan Warganegara Selesai Oktober 2025 – Saifuddin

PARLIMEN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan untuk menyelesaikan semua permohonan kerakyatan yang tertunggak sehingga 17 Oktober tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat semalam, beliau telah menandatangani sejumlah 19,317 permohonan kewarganegaraan pada tahun ini.

Tambahnya lagi, beliau juga telah menandatangani sebanyak 32,153 permohonan kewarganegaraan sejak tahun lepas dengan 80 peratus daripada jumlah itu adalah permohonan yang tertangguh lebih lima tahun.

“Komitmen baru terhadap baki kes permohonan warganegara, dibuat keputusan hari ini, iaitu 17 Oktober, dari sekarang sehingga tahun depan, kita akan selesaikan semua permohonan ini sebagai menandakan komitmen kita.

“Semua permohonan tertunggak, yang belum dibuat keputusan, 17 Oktober tahun depan semua akan dibuat keputusan,” katanya sambil menjelaskan status keputusan itu sama ada permohonan mereka berjaya atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, sebarang kelulusan yang diberikan juga, dibuat tanpa sebarang kompromi terhadap sebarang isu perundangan sebaliknya fokus kerajaan adalah terhadap aspek hak individu dan kemanusiaan.

Saifuddin berkata demikian dalam ucapan penggulungan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 bagi kerakyatan di Parlimen pada Khamis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat