Belanjawan 2025: Kerajaan utama perumahan mampu milik untuk rakyat

Oleh: Shafira Aziz

PARLIMEN: Dalam usaha memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan hampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat.

Dua projek PRR baharu yang akan dilaksanakan di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 17,500 penghuni baharu apabila 30 projek PRR ini siap pada penghujung 2025.

“Kerajaan terus menggembleng usaha memastikan persekitaran PRR dan komuniti perumahan yang lebih manusiawi,” kata Anwar.

Di samping itu, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) telah meluluskan RM12.8 bilion jaminan kerajaan kepada lebih 57,000 pembeli rumah pertama, memudahkan mereka memiliki rumah sendiri.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga tidak melupakan kepentingan infrastruktur dan kemudahan awam, dengan hampir RM200 juta diperuntukkan untuk menyelenggara rumah strata kos rendah dan sederhana awam, termasuk menggantikan lif-lif usang.

“Selain itu, 48 Taman Awam MADANI akan dinaik taraf dengan peruntukan hampir RM100 juta untuk memperindah kawasan rekreasi di bandar dan pekan kecil,” tambahnya.

Kampung Baru Cina akan menerima peruntukan sebanyak RM84 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan sosial untuk kegunaan komuniti, menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan semua lapisan masyarakat, termasuk perkampungan kaum India.